Operasi Darab

Operasi darab merupakan operasi yang paling menyeronokkan kerana dalam proses penyelesaian masalah semasa membuat operasi darab pelbagai kaedah boleh digunakan serentak. Ini dapat melatih anda dalam membuat penilaian tentang sesuatu kaedah yang bersesuaian dengan bentuk soalan.

Untuk itu, Operasi Darab ini diberikan penekanan utama dalam melatih kreativiti dan kemahiran berfikir. Adalah dinasihatkan agar semua pelajar memberi tumpuan sepenuhnya kepada topik ini.

Proses pendaraban merupakan operasi yang penting dan mempunyai kaitan yang rapat dengan operasi tambah. Pendaraban sebenarnya adalah proses penambahan sesuatu angka yang sama secara berulang-ulang.

Contoh: Nombor 8 dicampur sebanyak 4 kali,


Ini boleh ditulis; 8 + 8 + 8 + 8 = 32


Atau 8 × 4 = 32


Bayangkan sekotak limau yang mengandungi 7 biji buah limau. Sekiranya seorang penjual buah menjual 7 kotak buah limau sehari, berapa biji buah limau yang telah dijualnya?

Penyelesaian;

Sekotak Limau = 7 biji

Bilangan Kotak Dijual = 7 kotak

Jumlah Buah Limau = 7 + 7 + 7 + 7 + 7 + 7 + 7

= 49 Biji Buah Limau

Atau = 7 × 7 = 49

0 comments:

Post a Comment